30 Jun 2012 - Satu bengkel penyediaan Bahan Bantu Mengajar berasaskan TMK telah dijalankan untuk guru-guru SK Serom 3. Bengkel ini dijalankan di bilik tayang bermula jam 10 pagi. Bengkel ini merupakan bengkel bersiri yang dirancang sepanjang tahun 2012 untuk meningkatkan kemahiran guru dalam TMK. Dalam bengkel siri pertama ini guru-guru diajar cara mengedit gambar yang diletakkan dalam program Microsoft Power Point menggunakan fungsi "crop image" dan menggunakan kekunci "printscreen" yang terdapat pada keyboard untuk merakam gambar pada skrin komputer.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment