30 Jun 2012 - Satu bengkel penyediaan Bahan Bantu Mengajar berasaskan TMK telah dijalankan untuk guru-guru SK Serom 3. Bengkel ini dijalankan di bilik tayang bermula jam 10 pagi. Bengkel ini merupakan bengkel bersiri yang dirancang sepanjang tahun 2012 untuk meningkatkan kemahiran guru dalam TMK. Dalam bengkel siri pertama ini guru-guru diajar cara mengedit gambar yang diletakkan dalam program Microsoft Power Point menggunakan fungsi "crop image" dan menggunakan kekunci "printscreen" yang terdapat pada keyboard untuk merakam gambar pada skrin komputer.
Saturday
Cara Merakam Gambar Pada Skrin Komputer
Bagaimana anda dapat merakam gambar yang terpapar pada skrin komputer anda ? Sama ada yang dipaparkan dalam fail video atau sebagainya. Disinilah fungsi butang print screen ( seperti gambar di atas ) yang terdapat pada keyboard anda boleh digunakan. Sebagai contoh, anda ingin meletakkan gambar yang anda rakam melalui print screen ke dalam program MS Power Point. Ikuti langkah berikut :
1. Pasangkan video atau fail flash yang anda inginkan.
2. Kemudian klik pause untuk menghentikan video pada paparan yang anda inginkan.
3. Tekan butang Print Screen pada keyboard anda.
4. Buka program MS Power Point.
5. Pastekan atau klik Ctrl + V pada kekunci untuk meletakkan gambar yang diambil pada lembaran MS Power Point anda.
6. Kemudian Cropkan imej atau gambar tersebut untuk membuang bahagian yang tidak anda inginkan.
Selamat mencuba. :-)

Thursday
Sunday
Cara Mudah Download Video Dari Youtube
Tutorial ini hanya untuk browser Mozilla Firefox sahaja.
1. Buka browser Firefox anda.
2. Klik TOOLS --> Add-ONS
3. Pada ruangan SEARCH ALL ADD-ONS taip DownloadHelper
4. Klik See All 70 Results
5. Pada Video DownloadHelper klik butang hijau Add to Firefox
6. Klik Allow
7. Klik Install Now
8. Klik Restart

Taklimat Bilik Tayang
16 Jun 2012 ( Sabtu ) - Satu taklimat tentang penggunaan bilik tayang telah disampaikan kepada guru-guru sk serom 3. Taklimat disertai dengan latihan praktikal penggunaan komputer dan projektor LCD untuk kegunaan semasa PnP turut diberikan kepada guru. Turut serta dalam taklimat ini ialah Guru Besar SK Serom 3. Taklimat berkaitan dengan penggunaan e-bahan yang terdapat dalam laman web kementerian juga turut didedahkan kepada guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)