Social Icons

Tuesday

Kegunaan Fungsi Crop Dalam MS Power Point

Fungsi crop dalam Microsoft Office boleh digunakan untuk mengedit imej. Funsi ini digunakan untuk membolehkan kita memberi fokus kepada sesuatu subjek di dalam imej tersebut supaya ia lebih jelas untuk di paparkan. Di sini sebagai contoh dalam persediaan menyediakan bahan bantu mengajar kita akan menggunakan imej daripada buku teks yang telah diimbas ( scan ). Imej tersebut dimasukkan ke dalam perisian MS Power Point 2003. Fungsi crop akan digunakan untuk memaparkan imej yang hendak ditayangkan kepada pelajar. Anda boleh ikuti langkah berikut :1. Setelah imej dimasukkan ke dalam MS Power Point , klik butang kanan pada tetikus. Satu Pop-up menu akan keluar dan pilih Show Picture Toolbar.


2. Pilih butang crop ( warna kuning dalam gambar di bawah ).


3. Satu garisan tebal warna hitam akan muncul pada empat penjuru imej anda.
4. Gerakkan tetikus ke arah garisan tebal tersebut, kemudian klik kiri butang tetikus. Seretkan cursor tetikus tersebut tanpa melepaskan butang kiri pada tetikus untuk mengecilkan imej tadi.
Ok. Selamat mencuba !

Saturday

Bengkel Penyediaan BBM Siri 1

30 Jun 2012 - Satu bengkel penyediaan Bahan Bantu Mengajar berasaskan TMK telah dijalankan untuk guru-guru SK Serom 3. Bengkel ini dijalankan di bilik tayang bermula jam 10 pagi. Bengkel ini merupakan bengkel bersiri yang dirancang sepanjang tahun 2012 untuk meningkatkan kemahiran guru dalam TMK. Dalam bengkel siri pertama ini guru-guru diajar cara mengedit gambar yang diletakkan dalam program Microsoft Power Point menggunakan fungsi "crop image" dan menggunakan kekunci "printscreen" yang terdapat pada keyboard untuk merakam gambar pada skrin komputer.

Cara Merakam Gambar Pada Skrin Komputer

Bagaimana anda dapat merakam gambar yang terpapar pada skrin komputer anda ? Sama ada yang dipaparkan dalam fail video atau sebagainya. Disinilah fungsi butang print screen ( seperti gambar di atas ) yang terdapat pada keyboard anda boleh digunakan. Sebagai contoh, anda ingin meletakkan gambar yang anda rakam melalui print screen ke dalam program MS Power Point. Ikuti langkah berikut :

1. Pasangkan video atau fail flash yang anda inginkan.
2. Kemudian klik pause untuk menghentikan video pada paparan yang anda inginkan.
3. Tekan butang Print Screen pada keyboard anda.
4. Buka program MS Power Point.
5. Pastekan atau klik Ctrl + V pada kekunci untuk meletakkan gambar yang diambil pada lembaran MS Power Point anda.
6. Kemudian Cropkan imej atau gambar tersebut untuk membuang bahagian yang tidak anda inginkan.

Selamat mencuba. :-)

Thursday

Cara Mencetak Nama Pada Sijil

Sila ikuti video di bawah :

Sunday

Cara Mudah Download Video Dari Youtube

Tutorial ini hanya untuk browser Mozilla Firefox sahaja.

1. Buka browser Firefox anda.
2. Klik TOOLS --> Add-ONS
3. Pada ruangan SEARCH ALL ADD-ONS taip DownloadHelper
4. Klik See All 70 Results
5. Pada Video DownloadHelper klik butang hijau Add to Firefox
6. Klik Allow
7. Klik Install Now
8. Klik Restart

Saturday

Taklimat Bilik Tayang

16 Jun 2012 ( Sabtu ) - Satu taklimat tentang penggunaan bilik tayang telah disampaikan kepada guru-guru sk serom 3. Taklimat disertai dengan latihan praktikal penggunaan komputer dan projektor LCD untuk kegunaan semasa PnP turut diberikan kepada guru. Turut serta dalam taklimat ini ialah Guru Besar SK Serom 3. Taklimat berkaitan dengan penggunaan e-bahan yang terdapat dalam laman web kementerian juga turut didedahkan kepada guru.

Fakta Menarik Web Mudah Alih



1. 1/3 pengiklan media cetak dan elektronik bakal mendepani cabaran besar apabila satu daripada tiga pengguna di Malaysia lebih rela tidak menggunakan televisyen berbanding telefon pintar.

2. 30 000 Kajian google bersama IPSOS Research terhadap 30 000 pengguna dari 30 negara mendapati pembangunan web dan pengiklan Malaysia perlu memaksimumkan produk melalui medium web mudah alih.

Friday

Samsung Galaxy Note



Telefon pintar generasi baru ini benar-benar memberikan anda kemudhan semua dalam satu. Penyatuan konsep tradisional dan moden menghasilkan teknologi yang memberikan anda kemudahan di mana sahaja anda berada. Dengan skrin yang cukup lebar 5.3 inci, ia dilengkapi dengan teknologi HD Super AMOLED bersandarkan pada platform Android 2.3 Gingerbread.

Wednesday

PERATURAN PUSAT AKSES SEKOLAH



Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan-peraturan yang disenaraikan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara peraturan tersebut ialah :

1. Dilarang masuk tanpa kebenaran guru.

2. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah.

3. Sila tanggalkan kasut anda dan susun di sudut / rak yang disediakan.

4. Jangan membuat bising semasa berada di dalam Pusat Akses.

5. Guru mestilah berada bersama murid sepanjang waktu pengunaan komputer.

6. Pengguna hendaklah merekod pengunaan komputer dalam buku log.

7. Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.

8. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses.

9. Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.

10. Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.

11. Dilarang memasukkan sebarang perisian luar, mengubah perisian luar dan mengubah perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer.

12. Pengunaan mesin pencetak mestilah mendapat kebenaran dari guru bertugas.

13. Dilarang bermaian komputer.

14. Sila atur semula peralatan dan kerusi selepas pengunaan.

OBJEKTIF PUSAT AKSES SEKOLAH



Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk :

1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.

2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.

3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.

Sunday

Matlamat PuAS SK Serom 3


Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk :

1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah

2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid.

3. Meningkatkan masa penggunaan ( contact hour ) komputer dengan murid.
 

Sample text

Total Pageviews

Followers

Sample Text